Monday, April 30, 2012

Khasiat Manfaat Zafaran / Za'afaran atau Saffron Sebagai Ubat Penyakit Kencing Manis / Diabetes





BUNGA ZA'FARAN


 JUALAN RUNCIT DAN BORONG :
         HUBUNGI : AMINKANDA (HP: 0125073007)
                                                                                                                                                          SERBUK ZA'FARAN @ HERBA ARAB.

KOTAK UNGU : RM100.
KOTAK MERAH: RM120.
KOTAK HIJAU : RM130.                      

Tambahan kepada post "healthy food for diabetes" yang menyenaraikan makanan bermanfaat untuk pesakit kencing manis. Satu lagi herba yang amat baik untuk pesakit kencing manis adalah zafaran. Nama Zafaran atau lebih tepat Za'afaran didalam bahasa Arab, juga dikenali dengan nama Saffron Crocus dalam bahasa Inggeris. Zafaran adalah herba yang mahal malah dipanggil sebagai herba emas. Herba zafaran adalah merupakan stigma bunga zafaran atau nama saintifiknya (Crocus Sativus). Stigma bunga zafaran yang kecil inilah dikumpul, samada diguna secara bentuk stigma asal atau diproses dalam bentuk serbuk, herba zafaran ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Dalam bentuk stigma asal harga zafaran adalah dalam RM50.00 untuk 0.5 gram (jika tidak salah saya) dan untuk 1kg harganya boleh mencecah puluhan ribuan ringgit. Di negara timur tengah zafaran digunakan sebagai pewarna dan perisa di dalam masakan nasi beriani dan banyak lagi masakan lain. Antara manfaat kesihatan zafaran adalah untuk keadaan  dibawah dan kesihatan tubuh keseluruhannya.
  1. Badan letih dan lesu
  2. Meringankan tubuh ketika bangun tidur
  3. Menyelesaikan masalah sakit urat
  4. Lumpuh seluruh angota 
  5. Sakit Lutut atau sendi
  6. Darah Tinggi
  7. Mengawal kadar gula / kencing manis
  8. Penyakit Sendi 

    Khasiat dan Manfaat yang ingin dikongsi disini adalah kemampuannya penggunaan zafaran dalam mengawal kadar gula penyakit kencing manis / diabetes. Saya percaya Kajian Saintifik ke atas zafaran masih belum banyak dilakukan mungkin juga kerana zafaran tidak popular di negara barat malah di Malaysia dan Indonesia kegunaan zafaran untuk kesihatan tidak banyak diketahui. Hubungan zafaran dalam rawatan kencing manis adalah manfaatnya yang baik untuk darah.  

    Zafaran dikenali sebagai pencuci darah (blood purifier), meningkatkan oksigen darah, mengurangkan asiditi darah, adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan manfaat ini juga adalah terbaik untuk pesakit kencing manis oleh kerana penyakit kencing manis itu sendiri adalah berkait rapat dengan kadar gula yang tinggi dalam darah

    Kesan lanjut dari penyakit kencing manis ini dalam jangka masa lama adalah kerosakan  buah pinggang, kerosakan salur darah dan seterusnya penyakit jantung koronari. Oleh itu apa herba lain yang elok untuk darah harus diamalkan oleh pesakit kencing manis seperti tongkat ali, misai kucing dan tunjuk langit. Herba zafaran juga amat baik untuk kesihatan buah pinggang dan merawat penyakit batu karang. Oleh itu amalan rawatan menggunakan zafaran ini amat baik di amalkan oleh pesakit kencing manis untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang dan jantung. Kesihatan buah pinggang terutamanya amat penting dalam mengawal penyakit kencing manis itu sendiri. Pesakit yang mula mengalami kemerosotan fungsi buah pinggang akan lebih sukar dalam merawat / pulih dari luka, mengawal kadar gula dan menjejaskan kualiti darah yang boleh mengundang pula penyakit lain.

    Saya telah berpeluang untuk menggunakan zafaran ini bagi tujuan  penyakit ghout yang saya hadapi.. Apa yang dapat saya rasakan sendiri adalah peningkatan fitness dan pemulihan cepat apabila sakit ghout menyerang. . Sebelum ini  saya pasti akan merasa sakit otot sendi  selepas banyak berjalan atau melakukan kerja berat yang disebabkan asid urik yang terkumpul dalam sendi tangan/kaki/lutut, namun setelah amalkan minum air zafaran @ serbuk zaafaran ini, ia kurang   berlaku, sesuatu yang saya anggap amat menakjubkan oleh kerana kesan sakit sendi @ ghout saya adalah berkurang sejak saya hidapi sekian lama.

    Produk ini diperkenalkan oleh Wak Markom  yang membuat rawatan anak saya yang mengalami kecederaan terseliuh kaki di rumahnya di Bt. 16 Hutan Melintang ,dengan harga RM100.00 sebotol zafaran dalam bentuk serbuk, harga tersebut adalah amat murah dibandingkan harga di pasaran luar yang boleh mencapai RM120 sebotol.

    Cara Penggunaan
    Herba Zafaran dalam bentuk serbuk diguna dengan mencampurkan dengan air panas, lebih baik adalah air baru mendidih dengan suhu panas maksimun. Ini akan menjadikan airnya reningan menjadi lebih hijau dan pekat. 2 sudu kecil zafaran untuk satu gelas air dan diminum satu kali atau 2 kali sehari diwaktu pagi dan sebelum tidur. Sudu kecil ada disediakan bersama kotak bungkusan. Saya cadangkan tidak diminum serdak atau hampas didasar gelas dan jika masih sayang untuk dibuang boleh lah diletak air panas sekali lagi, air reningan kali kedua akan menjadi kurang hijau dan kurang pahit.

    Khasiat dan Manfaat Lain Zafaran
    Baik untuk sistem penghadaman -angin dan asid (detoxification), meningkat selera, sistem hati, asma, menstrual, arthritis, kemurungan, insomnia, mengurangkan suhu deman. 

    Kepada yang berhajat nak mendapatkan produk Serbuk Zaafaran (Kotak Ungu, Merah,Hijau) dan Bunga Zaafaran (Stigma) , hubungi saya 
    AMINKANDA (0125073007) - TELUK INTAN, PERAK.
    Borong / Runcit.

    PENGEDAR DIALU-ALUKAN 

1 comment: